Friday, May 6, 2011

assalamualaikum

dah lama x menaip. ketiadaan masa dan juga ketiadaan idea. tapi harini, terasa nak mencoret sedikit..

kebelakangan ini, banyak sangat dugaan yang diterima oleh orang2 sekeliling saya..

best friend sendiri, Allah uji.. masa kahwin, Allah berinya dengan ipar dan mertua yg baik2, caring, memang idaman la, tapi 3 4 hari kemudian, Allah tarik SESUATU nikmat dari dia.. terlibat dlm kemalangan jln raya, sebelah tangan dah x boleh function.. malahan 2 jari terpaksa dibuang kerana 'gangrene'..

"xpe bung.. apalah sgt 2 jari ini nak dibandingkan dgn nikmat Allah dah bagi kat aku seluas alam.. keluarga 'baru' yg baik2.. kwn2 yg mengambil berat.. byk lagi mende lain yg aku boleh syukur kot!"

seorang lagi kwn, adik nya pergi meninggalkan mereka sekeluarga.. tapi dgn cara yg amat menyedihkan.. melihat kuatnya dia dan ibu, menguruskan perihal adik, terpaksa bertindak seperti seorang ayah memandangkaan ayahnya tiada. dgn majlis perkahwinan beliau yg akan menyusul 2 3 minggu lagi, kuat dan tabahnya seorang rakan.. diuji sebegitu sekali..

" huhu xpe aku ok je. tu la, dulu aku selalu pk, kalau aku x balik kg selalu, belajar rajin2, dpt result elok, kerja elok2, mak aku mesti faham.. mak aku mesti banggaa.. skrg aku rs menyesal.. aritu adik aku tanya bila nak melawat dia plak kat kampung, aku wat tatau je sbb mkn dlm.. tapi nak buat camne.. ko igt ria, pape hal pon family first, kalau jadi apa2 at least ko x menyesal, ko tau ko dah buat yg terbaik.."

semlm pula, pulang dari melawat rakan tersebut, dapat berita sedih lg.. pakcik saya masuk ICU.. leptospirosis.. keadaan agak kritikal.. x sure mana dapat kencing tikus, tp beliau baru pulang dari fraser hill, most probably infected ketika disana.. besok saya akan ke melaka utk melawat beliau.. mencuri sedikit masa off kerja yg ada utk melawat..

bila org sekeliling diuji sebegini, tiba2 terdetik di hati ini.. apakah kalau saya, berada di tpt mereka ni, adakah saya mampu menghadapinya dgn hati yg terbuka? adakah saya akan redha dgn ketentuan Yang Esa?

terasa betapa kecilnya permasalahan yg saya hadapi,
bergaji 'kecil'?
overweight?
x kahwin lagi? xde anak, waris lagi?
jauh dgn keluarga?
berselisihan faham dgn rakan2?

nothing.. nothing compare to what they have to face.. jadi disini marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan org2 disekeliling.. rakan2.. saudara mara.. kita takan pernah tahu, nikmat yg Allah berikan tu berapa lama.. semua yg terbentang ni hak Dia.. kalau dia nak balik, siapakah kita utk menidakkan hakNya.. cuba menerima dgn hati dan tgn yg terbuka.. cuba improvise diri kita sendiri.. sekiranya tiba2 Allah dtg menjemput, adakah kita dah bersedia..

peringatan utk diri sendiri jua.. bukan setakat berasa bagus nak sound org je.. sama2 kita berusaha menjadi hamba Allah yg lebih diredhai..

wassalam.

7 comments:

proud blogger

All Malaysian Bloggers Project

daisypath

Daisypath Anniversary tickers