Friday, January 29, 2010

things to ponder about. :)

R E N U N G-RENUNGK A N:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong


....
T E T A P I...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


.....infiniti. ......


Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.



Thursday, January 28, 2010

my all


i love these two people.

farhah mardhiah & adib naufal.

they lift me up when i was down. being around them make me realise that. erm i'm going to be a good mom? at least i CAN be a good mom! haha confidentnya kau ria. ;p

i love them. dont mind spending for them. as long as they are happy (and of cos i'll claim later from ayah! ;p ).

at least i can try my best to be a good aunty.

tq Allah for your gift. i'm blessed having these 2 loves, even they are not mine. ;p

Wednesday, January 27, 2010

where are we?

Alim dan Jahil ada empat kategori.

1. yang jahil tapi sedar akan kejahilannya….orang ini boleh dibimbing.
2. yang alim tapi tidak sedar dengan kealimannya ….. orang ini perlu disedarkan,
3. Yang alim dan sedar akan kealimanannya…..orang ini perlu kita ikut…
4. Yang jahil tapi tak sedar dengan kejahilannya…..orang ini perlu ditinggalkan…

Thursday, January 21, 2010

ayuh menggunakan cerebelum&cerebrum, jgn patella dipilih

semua orang pls jgn gelabah boleh x? guna otak jgn guna kepala lutut. Allah bagi gunakan lah wisely.

rasa cam tamo mengundi je besok.

igtlah!
1. jgn la generalize people. vote la ORG yg boleh MEMIMPIN, yg psl belakang2 cerita tu tyhla nak menyemak sgt smeorg nak point out kan mende buruk org lain. pahal korang nak conteng2, nak wat kerja bodoh sgt? masalahnya x kisah la gmbr sape2 pon diconteng, kalau side sana mende sama pon akan berlaku jgk. sengal.

ishk, tau x korang cam lagi hina dr penjual cd cetak rompak yg siap ada kepala2 orang lalu lalang or dgn dgn suara org borak2 tau x?? apatah lg penjual cd lucah! sama je!!

2. dah ada rally kan, smeorg dah boleh speak for themselves. boleh x semua x perlu childish sgt, be an adult, yg aku pelik supp0rter masing2 dah mcm dia plak yg bertanding, cam dia plak dpt rm18k sbb menjadi pendukung yg terlalu amat setia berlebih2. tampa kang.

lastly aku rs aku nak undi diri sendiri la. boleh x? bingai bingai bingai!!!! apa kejadah br election SRC, bukan naik jadi PM malaysia? marahlah sy.

Thursday, January 14, 2010

stop whining!

"Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Tuesday, January 12, 2010

sharing is caring.

dear mahfuzah, u did ask about my opinion regarding this Allah word thingy. then only i realize how serious is this matter. a friend of mine, gave me some links to help me understand more about this matter.

here goes!

bahrusshofa 1

membelaislam

bahrusshofa2

jomfaham

so unite all muslim! we shouldnt ignore upon this matter anymore. maybe selama ni we dont take part in all this thing. but remember, semua ni ada percent kat akhirat kelak. :)

color status?

this is a senior that studied in IIUM also, and i kind of viewing his page quite often bcos i love to read his p.o.v.

n in this post, i kind of agree with him. :)

Friday, January 8, 2010

:)

especially utk kwn2 ku yg masih single dan takut sgt single. (pujah, wanie) haha. ok baca ni!

"Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na¬mun belum datang seorang pemuda pun memi-nangku...? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?" Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya.

Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat sI puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.

Namun sayang usaha si ibu tidak juga menam¬pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam¬pak batang hidungnya. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men¬jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, "Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?"

Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak¬hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa si pemuda itu ber¬sedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka¬yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja sijejaka telah berha¬sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa pe¬san dan kesan.... Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi¬an suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungan¬nya dilepaskan Rithah dengan membeli be¬ratus-ratus buku benang untuk di¬pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi men¬jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be¬gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata¬kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau." (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman).Iman jualah pokok pangkal sesuatu perkara.


Al-Qur'anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma'zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, "Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali..." Yang dimaksud Al-Qur'an dengan 'wanita pengurai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah Al¬Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum tersebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: "Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat". Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.

Episod Rithah juga mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah mendatangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapatkan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi Al-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai.

Allah sen¬diri telah berfirman: "Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186) Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da¬wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap 'sabar' dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya".

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah mem¬buat kehidupan selepas pernikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.

Di samping itu kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring de¬ngan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. "Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)

Akhir sekali kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia 'gila sasau'. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A'la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah).. " (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.

Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi:

Tuhanku
Dalam termangu, aku masih menyebut namaMu
Walau susah
sungguh
Mengingat kau penuh seluruh
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Remuk
Tuhanku
Di pintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling

(dari petikan puisi 'DOA' - Khairil Anwar)

p/s:Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah hati yang bersabar… Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar.Ape yang dikongsi tiadalah berkaitan dgn diriku,org terdekat atau sapa2.just perkongsian sebuah cerita yang bleh dibaca bersama.InsyaAllah.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

courtesy of Ismilida.

Thursday, January 7, 2010

more quotations!

"Mama. Can you find the right woman for me?"


"Don’t worry about finding the right woman my son. Concentrate on becoming the right man."


ditto, same thing applies for woman. dont worry about getting the right man, prepare yourself in being a better muslimah. :)

Saturday, January 2, 2010

why la.



this topic. i've been wanting to write since like. erm cant remember but what i'm trying to say, a very very very long time ago.

sometimes people tend to be defensive when i asked regarding this matter. i'm not trying to condemn all smokers out there, i'm just trying to understand why. and ways to overcome it.

firstly i think is because they are not aware of the consequences. ok dearly beloved, here are some of the side effects of smoking. click here

then maybe, just maybe they do not know about the benefits of staying away from cigarette. click here

but actually, they fail to control their lust, keinginan mengatasi keperluan. many people failed to control kemahuan diri.

i even pernah jumpa seorang isteri, yg kena cancer x igt apa, i think nasopharyngeal cancer all bcos of her husband is an active smoker. nak tanya la encik2 smoking, apa perasaan awak? bini kena cancer just bcos of ur 'selfishness'. wow that's harsh.

kan dah keluar fatwa yg mengatakan smoking ni haram, sbb dia boleh mendatangkan mudarat kpd diri sendiri. sort of attempt utk membunuh diri jgk la.

n why la u guys have to be so defensive, kalau org tanya
sehari berapa batang? ke kotak?
kenapa korang isap rokok?
dah mmg korang buat kan?

x rs membazir ke? sekotak tu dah dpt satu boxer renoma kot?

n the reason why i'm asking is just fulfilling my curiosity. bukan nya nak bambu ke apa ke. just bcos i dont do it, so aku rs nak tau, tp tanak try.

hahah. cam dah lari tema pulak. actually nak ckp, i dont mind people who are smoking, *sampai ada org sumpah aku dpt husband yg smoking* tp learn to respect others la kan, udara di sekeliling ni kt share sama2, aku x kesah la kalau ko nak smoke tp jgnla smoke kat tpt2 terbuka, dlm mall* AKU MMG PANAS GL ORG SMOKE KAT DLM TPT AIRCOND TAU X CIRCULATION DIA SGT POOR* pastu sj hembus kat muka org nak grab attention, tu bkn nak attention, tu nak ayat pemaki diberi bertubi2 kot? tlg la, korang bkn nak smoke kat dlm tpt kebuk wasap pon, so learn to respect others la kan.

n i have no idea, mana la org boleh terfikir yg smoke tu macho. aduhai tlg la, it's a major turn off kot?

ok2. melalut gl. tiba2 emosi endup nak memaki semua smokers. ;p

ok bottom line, kalau korang nak smoke sila. x perlu la rs defensive sgt kalau aku tanya, it's just curiosity talking, xde niat nak judge korang ke apa.

and kalau aku tutup2 hidung korang tgh smoke, sila jgn nak berperangai 'alah-pmpn-ni-cam-bagus-sgt-dpt-laki-smoke-br-tahu'. what im doing is that i'm just trying to protect myself. tau tak effect aku kena lg teruk dr korang sbb aku sedut ikut hidung terus direct ke lung? aku tanggung lebih kot? aku ni dah cukup mengandungi pelbagai masalah kesihatan turun temurun+ berbadan cilik molek so mmg kena extra precautionssss.

and tlg la jgn nak menipu wahai si lelaki konon2 ko x smoke utk mendapatkan pmpn yg diingini pastu sampai mati mmg korang tkn admit yg korang smoke pdhl ko isap cam cerobong kapal. merepek. kalau dah dr awal dah menipu, x ke seksa pas tu korang nak being honest nak btau ko smoke? lg down kot pmpn yg konon2 ko cintai tu. igt senang ke dah berthn couple pastu tiba2 nak accept the fact that u guys smoke dah sekian, pastu ko menipu berthn2 sekian, pastu tebal muka sbb berlagak kat semua org yg ko nya bf konon2 x smoking n kutuk semua lelaki smoking sekian. mmg sekian shj hubungan kt la kan. aduhai kenapa anda sgt emosi wahai ria sila bersabar.

ok in the nutshell, *tatau berapa kali kasimpulan entah* aku TAK BENCI org yg smoke. aku BENCI penipu. aku BENCI org yg x reti nak consider org lain, selfish. tp xdela sampai aku pangkah semua smokers kerana ayah ialah ex-smoker, angah smoke, besfren aku sme smoke. tp diorang tau nak respect org lain, smoke jauh2, luar rumah, dan sebagai la. oh terlalu byk aku nak tulis sebenarnya, tp cukup la ayat2 maki di sini shj.

peace! ;)

proud blogger

All Malaysian Bloggers Project

daisypath

Daisypath Anniversary tickers