Monday, May 23, 2011

sickening

fed up dgn kehidupan yg merepek. kalau aku tahu begini nasib DEGREE nurses, aku dah stick je dgn engineering dulu.

people are so freaking narrow minded. i just dont know what's the big deal with DEGREE nurse. dah la mmg salary kalah/ sama dgn diploma grads, kerja asyik kena condemn.

bukankah memang logik, kalau baru kerja, kerja KURANG kompeten? apa, yg amek sijil, diploma semua mmg lahir2 terus terre insert NG tube terre insert CBD ke hape? i am not giving reasons, i'm just trying to justify my actions.

pastu tatau la kenapa susah gil nak terima kenyataan, skrg dah ramai degree grads, kita ni na maju ke depan bukan undur ke belakang. ko sijil ke, diploma ke, x kesah lah ada ke kitorang pandang hina korang? korang experience berpuloh2 tahun, mungkin boleh give and take, ko ajar kitorang practical, kitorang cerita psl theoretical aspect. kan win-win situation?

nak majukan nursing, nak nursing berdiri setaraf dgn profession2 lain. yeah right! prove it la! ni nak bising je condemn org sepjg masa. jomla bergerak seiringan !

pastu kejadah hape ko keluarkan product degree in nursing kalau ko xle nak hire bekerja! gov lgsg x pandang. igt belajar senang2 ke? dgn dah tua bangka baru nak grad. igt tidur golek2 dah dpt degree. camtu ke? devastated. truthfully i am. feels like 6 years of my life wasted down the drain. bila dah jadi camni, timbullah perasaan 'patutnya' yg bermacam2.

cuba sedaya upaya utk menjadi positif, tp kdg2 tersungkur juga dgn perasaan yg x reti nak bersyukur ni. tetapkanlah hatiku, moga2 terbalas segala tanda tanya dan pengorbanan yg telah dikorbankan di jalan nursing ini.. ikhlaskanlah hatiku Ya Allah.. :(

Sunday, May 15, 2011

klarifikasi

assalamualaikum dan salam sejahtera.

tujuan menulis post kali ini adalah untuk elaborate status yg penuh propaganda itu. niat di hati xde lgsg nak mengutuk org buruk ke hape, x pernah fikir pon diri ini cantik, cam tong drum ada la, sbb tu la x perlu melampau2. cuma nak menegur secara terbuka.

memang zahirnya seorang wanita tu senantiasa nak kelihatan cantik. sy sendiri pon nak nampak cantik. tp mengapa perlu berlebih2an? bersederhana itukan yg terbaik. sy x maksudkan semua pmpn kena pakai kepam2 pakai kain batik keluar berjln2. tp x perlulah kot kalau nak pakai color yg boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki, pakai gaun singkat berlegging, tu pon nasib baik kalau nak pakai legging, pakai tudung 5 6 lapis tapi still x cover gak aurat fully. sorry ye kwn2 andai ada yg terasa tp ini persepsi sy, terpulang pd diri masing2 bagaimana hendak mentafsir nya.

satu lg, sy x fhm kenapa ada org mengambil negatif bila sy ckp 'cantik' . cantik tu amat subjektif, sy hanya mengatakan 'cantik' , tp ada ke sy melabelkan cantik itu sebagai '36-25-38' , putih cerah gigi tersusun rapi berbetis bunting padi atau bagai? sy hanya mengatakan cantik, sy tidak melabelkan cantik, atau mencirikan cantik tu bagaimana ye? lagipun itu hanya lah 'status facebook' dan patah huruf yg dibenarkan hanyalah beberapa ratus patah HURUF.

bercaantik2 itu tiada masalah, memang sgt digalakkan dlm Islam, lg2 bila kecantikan itu hanya dikongsi dgn encik suami. tetapi Islam juga menekankan kesederhanaan, jadi kita sebagai manusia berakal, khalifah Allah di muka bumi ini, boleh lah fikirkan dan membedakan yg mana baik dan yg mana buruk.

cantik ke x cantik, kalau ko overdress or pakai pelek2, manusia still akan pandang pelik. dan sy percaya, walaupun model hot kate moss pon x pernah nak mengaku dia cantik. ye konfiden itu penting, tp dari segi beberapa aspek shj. jgn pula nak konfiden x kena tpt, alamatnya kena maki dgn manusia sejagat.

sekian terima kasih dan harap maaf jika post ini mengguris hati sesetengah pihak.

KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI!

Friday, May 6, 2011

assalamualaikum

dah lama x menaip. ketiadaan masa dan juga ketiadaan idea. tapi harini, terasa nak mencoret sedikit..

kebelakangan ini, banyak sangat dugaan yang diterima oleh orang2 sekeliling saya..

best friend sendiri, Allah uji.. masa kahwin, Allah berinya dengan ipar dan mertua yg baik2, caring, memang idaman la, tapi 3 4 hari kemudian, Allah tarik SESUATU nikmat dari dia.. terlibat dlm kemalangan jln raya, sebelah tangan dah x boleh function.. malahan 2 jari terpaksa dibuang kerana 'gangrene'..

"xpe bung.. apalah sgt 2 jari ini nak dibandingkan dgn nikmat Allah dah bagi kat aku seluas alam.. keluarga 'baru' yg baik2.. kwn2 yg mengambil berat.. byk lagi mende lain yg aku boleh syukur kot!"

seorang lagi kwn, adik nya pergi meninggalkan mereka sekeluarga.. tapi dgn cara yg amat menyedihkan.. melihat kuatnya dia dan ibu, menguruskan perihal adik, terpaksa bertindak seperti seorang ayah memandangkaan ayahnya tiada. dgn majlis perkahwinan beliau yg akan menyusul 2 3 minggu lagi, kuat dan tabahnya seorang rakan.. diuji sebegitu sekali..

" huhu xpe aku ok je. tu la, dulu aku selalu pk, kalau aku x balik kg selalu, belajar rajin2, dpt result elok, kerja elok2, mak aku mesti faham.. mak aku mesti banggaa.. skrg aku rs menyesal.. aritu adik aku tanya bila nak melawat dia plak kat kampung, aku wat tatau je sbb mkn dlm.. tapi nak buat camne.. ko igt ria, pape hal pon family first, kalau jadi apa2 at least ko x menyesal, ko tau ko dah buat yg terbaik.."

semlm pula, pulang dari melawat rakan tersebut, dapat berita sedih lg.. pakcik saya masuk ICU.. leptospirosis.. keadaan agak kritikal.. x sure mana dapat kencing tikus, tp beliau baru pulang dari fraser hill, most probably infected ketika disana.. besok saya akan ke melaka utk melawat beliau.. mencuri sedikit masa off kerja yg ada utk melawat..

bila org sekeliling diuji sebegini, tiba2 terdetik di hati ini.. apakah kalau saya, berada di tpt mereka ni, adakah saya mampu menghadapinya dgn hati yg terbuka? adakah saya akan redha dgn ketentuan Yang Esa?

terasa betapa kecilnya permasalahan yg saya hadapi,
bergaji 'kecil'?
overweight?
x kahwin lagi? xde anak, waris lagi?
jauh dgn keluarga?
berselisihan faham dgn rakan2?

nothing.. nothing compare to what they have to face.. jadi disini marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan org2 disekeliling.. rakan2.. saudara mara.. kita takan pernah tahu, nikmat yg Allah berikan tu berapa lama.. semua yg terbentang ni hak Dia.. kalau dia nak balik, siapakah kita utk menidakkan hakNya.. cuba menerima dgn hati dan tgn yg terbuka.. cuba improvise diri kita sendiri.. sekiranya tiba2 Allah dtg menjemput, adakah kita dah bersedia..

peringatan utk diri sendiri jua.. bukan setakat berasa bagus nak sound org je.. sama2 kita berusaha menjadi hamba Allah yg lebih diredhai..

wassalam.

proud blogger

All Malaysian Bloggers Project

daisypath

Daisypath Anniversary tickers