Tuesday, September 28, 2010

entry bahasa melayu A1

sorry kepada pembaca tegar blog ni, cik mahfuzah mansor kerana lama tidak berkesempatan utk update blog, dan ketiadaan idea nak update, takan aku nak update cerita kisah hidup aku dari saat aku mencelikkan mata sampai aku menutupkan mata? itu fungsi diari ye bukan blog. lagipun dewasa kini boleh tahan juga tempahan kuih muih dan agak sibuk menguruskan diri, eh tipu badan can tong kot! menguruskan hal2 konvokasi (hahahah ada ke word ni?).

dari aritu lagi nak membincangkan suatu hal. hal yang disentapi oleh cik mahfuzah mansor senantiasa bila ada rakan2 yg hendak mendirikan rumah tangga dan seangkatan dengannya.

ye, kebiasaannya, pada usia seperti 24 25 ini, kebanyakan remaja2 sudah mempunyai pasangan hidup. tidak kira lelaki mahupun wanita. ini tidak dapat disanggah lagi. tetapi adakah anda yang tidak mempunyai pasangan hidup perlu menggelabah anjing? (sila rujuk di bawah untuk bahagian kosa kata).

ye. adalah sangat menipu jika saya katakan saya tidak terasa apa2 bila melihat rakan2 yg sudah menemui pasangan hidup masing2 di usia saya. tapi janganlah sampai berfikiran negatif selah-olah kamu akan mendara sehingga tua? kemonlah weh! glass half full glass half full!

mungkin saya perlu memperbaiki diri sendiri utk mendapat yg lebih baik. mungkin jua saya diberi kesempatan ini untuk berjasa kepada ibu ayah dahulu sebelum menghambaabdikan diri utk suami, sbb dulu pernah bercinta konon2 dunia paling indah x ingat mak bapak hah nah kau rasakan! layanlah mak bapak sampai tua! mungkin dikala ini jua boleh menjadi lebih muslimah? supaya dapat lelaki yang baik? ke nak 'cuba jaya' je semua lelaki sampai jumpa yang betul? hah! hah!


cubalah untuk menerima qada dan qadar Allah itu seadanya. sesungguhnya Dia adalah ketua segala kehebatan. jangan persoalkan apa yang telah Dia tentukan. relax sudah. sampai jodoh kahwin je la.

nak tuduh aku memilih? agak-agaklah beliau, dah tu nak suruh aku rembat je ke mat pit tepi jalan? bukanlah nak anak raja bunian, tapi at least yang sepadanlah kan. kang x pasal2 aku plak jadi ketua keluarga. sole breadwinner. pfftt!

rupa? xdela nak sampai muka cam brad pitt, aku sedar aku bukan angelina jolie, tapi 2 je mende yg aku tgk pada lelaki idaman *hahaha asal tiba2 promote diri bongek ria!*

1. gigi. aku tatau kenapa mende ni sgt penting. maybe dari segi oral hygiene kita boleh menilai kt tahap kebersihan org tu. ada je org smoke gigi cantik, ada je org tak smoke gigi berkerak. *nauzubillah!*

2. tinggi. oh please tinggi more than 168cm? tu je aku nak tapi lagi tinggi lagi afdhal kan? hahaha!

ok dah iklan mempromote diri. kembali ke jalan yg benar.

ok camtu la aku nak tekankan, bila sampai jodoh kita, dengan org camne pecah pon sekali, camne org tu bukanlah dream guy ko langsung, tiba2 everything about him seems perfect. so jgnlah pelik sgt if tiba2 kwn ko yg ko expect dia kawen dgn org lain tiba2 dia kawen dgn totally opposite dgn taste dia. hehe.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)

kesimpulannya, kepada rakan2 yg dah berkahwin, tahniah, silalah menjaga pasangan anda sebaik mungkin. tiada saya atau awak di dalam perkahwinan, hanya ada KAMI. dan kepada rakan2 yang masih mencari, teruskan usaha anda, insyallah akan dapat yang terbaik untuk diri sendiri, tidak perlu menjadi yang terbaik di mata orang lain. kepada sesiapa yang mempunyai lelaki dengan ciri2 lelaki idaman saya, atau mengenali sesiapa seperti yang dinyatakan diatas, sila PM saya di facebook. HAHAHAH!

saya sayang keluarga saya. saya sayang rakan-rakan saya. tapi adakah mereka menyayangi saya sepertimana saya menyayangi mereka? apakah pengorbanan yang telah saya lakukan untuk mereka setanding dengan apa yang mereka telah lakukan kepada saya? saya harap mereka sayang saya seadanya. siapalah daku tanpamu keluarga dan rakan-rakanku.

menggelabah anjing= pernah tgk anjing menggelabah x? pernah tgk haiwan lain yg lebih gelabah dari anjing? xde kan?? hah ni mmg bkn mencarut anjing2 tp binatang ni bila gelabah buruk gila rupanya!

proud blogger

All Malaysian Bloggers Project

daisypath

Daisypath Anniversary tickers